Wednesday, July 2, 2008

~ *Gasing* ~ [Pengenalan]

Selamat datang ke blog saya kawan - kawan. Hari ini saya akan berbincang tentang pengenalan gasing. Selamat membaca. [d^_^b]

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.

Untuk informasi lanjut tentang Pengenalan Gasing sila melungsuri lelaman web dari Link yarh telag di sediahkan.

[http://ms.wikipedia.org/wiki/Gasing]

Monday, June 30, 2008

~ *Gasing* ~

Hello Kawan - kawan. Saya akan berbincang tentang permainan Melayu Tradisional, Gasing.
Selamat membaca. [d^_^b]

Asal Usul :
Unsur seni dan permainan adalah keperluan asas kehidupan manusia di dunia dan tidak mungkin dapat dipisahkan daripada kehidupan masyarakat. Masyarakat Melayu tradisional juga tidak ketinggalan dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri mereka telah mengisi masa lapang dengan pelbagai kegiatan yang dapat menghiburkan hati. Antara kegiatan yang dilakukan ialah bermain gasing. Gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut dimainkan oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Mereka bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan, kepantasan, dan kerjasama berpasukan.

Perkembangan Permainan Gasing :
Permainan gasing di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah dimainkan sejak sebelum perang dunia lagi. Kini mula diminati kembali oleh pencinta seni warisan yang berusaha memperkenalkannya di kalangan masyarakat. Pada dasarnya pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati di seluruh Malaysia. Gasing bukan sahaja dimainkan oleh orang dewasa, tetapi juga di kalangan remaja dan kanak-kanak.Permainan gasing di Malaysia pada dasarnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gasing tradisional dan gasing sukan.

Permainan Gasing masa kini :
Kini permainan gasing tidak begitu mendapat tempat seperti permainan lain yang diperkenalkan oleh penjajah. Pemain dan peminat permainan gasing mula memikirkan cara untuk menyebarkan permainan ini secara meluas dan menyeluruh. Peristiwa ini bermula pada 16 April 1971 dalam Kongres Kebudayaan Malaysia Pertama yang diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah tentang pertukangan wau, gasing dan patung wayang kulit. yang dibentangkan oleh Tan Sri Datuk Haji Mubin Sheppard. Terlalu sedikit hal tentang gasing sebenarnya merupakan permainan yang terkenal di kalangan orang Melayu sejak zaman dahulu.

Untuk Informasi lanjut, sila melungsuri lelaman web melalui Link yang telah di sediahkan :

[http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/gasing/sejarahgasing.htm]